EPL Fulltime Report & Video Highlights: Arsenal 3-0 West Ham, No More Song to Sing!
Untuk pertama kalinya Arsenal mencatat 8 kemenangan daripada 9 perlawanan dalam saingan EPL. Dan kali ini mangsanya adalah West Ham United. Arsenal berjaya merapatkan kedudukan dengan pasukan di tangga kedua Manchester City dengan hanya perbezaan 1 mata sahaja. Ini berikutan pasukan Manchester City yang kalah kepada Burnley 0-1.
Kali ini pemain yang menyerlah ialah Aaron Ramsey yang kelihatan kembali memberikan aksi yang lebih meyakinkan serta menjadi nadi gerakan menarik Arsenal. Olivier Giroud pula menjadi penjaring pertama untuk Arsenal pada minit kecederaan separuh masa pertama. Rembatan kencangnya tak mampu ditepis oleh Adrian, penjaga gol West Ham. Walaupun begitu, Theo Walcott yang diberikan peluang bermain dari awal, gagal membuahkan sebarang hasil yang dimahukannya.
Beberapa peluang keemasan tidak dapat menerjah gawang lawan dan ini membuatkan kedudukannya dalam kesebelasan utama menjadi lebih tergugat selepas ini. Pada separuh masa kedua Arsenal lebih banyak mengawal permainan dan sesekali West Ham cuba mencuri ruang. Alex Song bekas pemain Arsenal yang kini dipinjamkan ke West Ham oleh Barcelona juga gagal untuk mengekang gerakan menarik pemain Arsenal yang garang dan sentiasa cuba mencari ruang terbaik untuk menjaringkan gol.
Aaron Ramsey menjadi penjaring gol kedua The Gunners dan pemain gantian Flamini pula menjaringkan gol ketiga Arsenal pada sentuhan pertama beliau. Calum Chambers yang diberikan peranan disebelah fullback kanan kelihatan sekali sekala sedikit goyah dan ini memberikan kelebihan buat Hector Bellerin yang direhatkan oleh Arsene Wenger.
Apa pun ini momentum terbaik Arsenal dan diharapkan mampu dikekalkan untuk perlawanan UCL minggu hadapan menentang AS Monaco. Walaupun untuk perlawanan tersebut Arsenal ketinggalan secara agregat namun bola itu bulat dan mungkin akan menghasilkan kejutan yang semua harapkan.
Saksikan video highlight perlawanan Arsenal menentang West Ham United.
Tiada ulasan: