Breaking

Aaron Ramsey tak mahu sambung kontrak di Arsenal


Aaron Ramsey antara pemain yang akal tamat kontrak pada hujung musim 2018/2019 ini. Dia juga merupakan pemain yang paling senior di Arsenal ketika ini selepas Jack Wilshere bertukar pasukan ke West Ham tapi macam biasa memanjang injured.

Walaupun Ramsey adalah antara pemain yang ramai benci kerana prestasi turun naik macam jongkang-jongket dan dia tetap jadi pilihan utama Arsene Wenger. Kini dalam era Unai Emery, Ramsey mungkin mahu keluar dari Arsenal apabila tidak lagi menjadi pilihan utama jurulatih baru.

Banyak pasukan dikatakan mahu mendapatkan khidmat beliau. Acik percaya dia ada kualiti terutamanya tentang stamina yang hebat tetapi dia perlu lebih konsisten dalam permainan.

Adalah jadi langkah bagus untuk Arsenal jual Ramsey pada Januari nanti supaya tidak kehilangan seorang lagi pemain secara percuma.

Pemain yang menandatangani kontrak pertama pada tahun 2008 dikatakan sedang diintai oleh Manchester United dan Chelsea. Malah beberapa pasukan di China yang bersedia menawarkan gaji lumayan.

Dari segi strategi, Acik fikir peranan Ramsey selalu bercanggah dengan Ozil hinggakan Ozil hilang kreativiti dan tenggelam. Habih cemana?

Korang fikirlah ya :)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.