Rayuan Bantuan Membina Villa Pahala Untuk Mangsa Banjir di Kelantan
Masihkah anda ingat bencana banjir besar yang melanda pantai timur pada awal tahun 2015? Terutamanya di negeri Kelantan khususnya kawasan Manek Urai.
Sudah lebih 3 bulan peristiwa tersebut.
Bayangkan masih ramai yang hanya berteduh dibawah khemah sehingga ke hari ini. Anak-anak kecil tidak terurus dengan kawasan yang sesak panas ketika terik matahari menyinar. Tidak sanggup rasanya kalau anak kita melalui hal sedemikian.
Mereka perlukan bantuan kita.
Marilah bersama kita memberi sumbangan untuk pembinaan rumah kecil buat mereka yang dinamakan Villa Pahala. Ianya diusahakan oleh Alumni Anak Kelate ITM 80-an Shah Alam. Maklumat misi kemanusiaan ini saya perolehi dari sahabat saya, Tuan Hj Mohd Asri Zakaria di Kota Bharu.
Setiap rumah memerlukan kos sebanyak RM4,500 untuk dibina. Jadi saya merayu kepada semua rakan usahawan untuk menyumbang sedaya yang mampu. Sumbangan RM1 juga memberikan kebaikan untuk usaha ini.
Bersama kita membantu meringankan beban agar usaha murni ini memberikan manfaat besar kepada semua mangsa banjir. Pengalaman saya ke Kota Bharu pada 13hb ~ 15hb Mac 2015 yang lepas sangat menginsafkan. Betapa tabahnya mangsa-mangsa banjir ini dengan ketentuan dan ujian dari yang Maha Esa.
Semoga para sukarelawan di Kota Bharu dan sekitarnya terus sabar dalam usaha memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Idea untuk membina Villa Pahala untuk memberikan keselesaan kepada keluarga yang terlibat amatlah terpuji. Sebarang sumbangan sangatlah dialu-alukan, sila berhubung dengan En. Amran di talian +6019-913-1818
Sekali lagi saya menyeru sahabat semua untuk bersama memberikan sumbangan dalam menjayakan hasrat murni ini. Marilah kita berkongsi rasa tanggungjawab ini.
Tiada ulasan: