6 Perkara Yang Dipelajari Selepas Kalah Kepada West Ham United
Macam-macam hal berbangkit selepas perlawanan menentang West Ham United tempohari yang menyaksikan Arsenal tersungkur di laman sendiri. Sampaikan Arsene Wenger kata Arsenal bunuh diri sendiri! Memang itu realitinya. Pemain gagal melaksanakan perancangan yang diatur dan melakukan kesilapan yang akhirnya menghukum.
Takpelah! Dah kalah pun. Jom kita fikir-fikir apa yang boleh dilakukan dan apa yang boleh dipelajari dari perlawanan tersebut. Takkan nak terlungkup jugak lawan Crystal Palace lepas ni.
1) Kembalikan Ospina ke posisi utama? Ada jugak yang melaungkan agar Ospina diberikan semula peranan menjaga gawang Arsenal. Memandangkan Szczesny dan Martinez sudah dipinjamkan ke AS Roma dan Wolverhampton, adakah wajar untuk terus downgrade Petr Cech? Mungkin tidak. Pastinya Petr Cech mahu menebus kesilapan tersebut dan berazam untuk berikan yang terbaik. Dia perlu memenangi semula hati para gooners dan goonerettes.
2) Debuchy kurang menyengat sebagaimana Hector Bellerin! Mungkin ada benarnya. Larian kencang Bellerin sering membuatkan pasukan lawan lebih berhati-hati. Debuchy pula memang lebih berpengalaman tapi nampaknya Bellerin akan kembali diberikan tanggungjawab di bek kanan. Giroud perlukan hantaran-hantaran lintang yang mana memang gersang sangat sewaktu lawan West Ham hari tu. Kan?
3) Barisan pertahanan yang diterajui oleh Per Mertesacker perlu menutup ruang pemain lawan dengan lebih pantas. Kembalikan keserasian dengan Petr Cech, komunikasi berkesan adalah sangat penting! Strategi high defensive line memerlukan setiap pemain bertindak secara seragam dan teratur bukannya kalut ke laut!
4) Karim Benzema? Ada juga yang kembali kaitkan Arsenal dengan penyerang Real Madrid ini. Tapi pada aku, kalau memang struktur pasukan kurang mantap dan gagal berfungsi secara dinamik, letak Benzema pun memang cerah ke laut jugak!
5) Welbeck sangat diperlukan ketika ini, Giroud sebagai target man tunggal memudahkan pemain lawan mengekang pergerakan dia. Bila agaknya dia akan diturunkan semula.
6) Jangan over confident :) bola tu bulat!
6) Jangan over confident :) bola tu bulat!
Tu ajelah yang aku fikir dan rasakan buat masa ini. Saja sharing untuk korang baca dan hadam :) Kalau nak bagi input atau teringin nak jadi penulis blog ni, silakan hantar ke arsenaltegarblog@gmail.com ya.
Tiada ulasan: