MIKEL ARTETA PERCAYA PENYOKONG KEMBALI BERIKAN RESPON POSITIF
Mikel Arteta percaya Arsenal akhirnya berjaya menyembuhkan hubungan dingin mereka dengan penyokong yang kecewa.
Ketika Arteta dilantik menggantikan Unai Emery sebagai pengurus Arsenal, pengendali kelahiran Sepanyol itu tiba untuk menyelesaikan masalah penurunan prestasi pemain dan menggembirakan kembali peminat yang kecewa.
Punca utama adalah disebabkan prestasi buruk Arsenal beberapa tahun kebelakangan ini dan ia menjadi tegang apabila pemain tengah, Granit Xhaka diherdik oleh penyokong sendiri ketika aksi menentang Crystal Palace.
Arteta yang juga bekas pemain tengah Arsenal bekerja keras untuk memulihkan keadaan berkenaan dan bayangan ia semakin positif dapat dilihat.
“Peminat kali ini sangat luar biasa. Mereka sentiasa berada di belakang pasukan dan mereka manghargai setiap usaha dilakukan pemain.
“Saya berterima kasih kepada mereka berbanding sebulan yang lalu, saya rasa kali ini auranya sangat berbeza,” kata Arteta.
Tiada ulasan: