Breaking

FA Cup Pre-Match: Manchester United vs Arsenal, Pertembungan Seteru Tradisi

Foto: Arsenal.com
Awal pagi jam 3.45am waktu Malaysia nanti satu perlawanan suku akhir Piala FA akan berlangsung antara dua seteru tradisi iaitu antara Manchester United menentang Arsenal di Old Trafford. Perlawanan yang dinantikan oleh peminat bolasepak amnya kerana sejarah sengit antara dua pasukan tersebut. 

Walaupun Arsenal memiliki rekod yang kurang memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi kali ini mereka hadir ke Old Trafford dengan skuad yang mantap.
“It is a special game because of the history, because of the size of the two clubs, because of the quality of the teams and because of what is at stake on Monday night. We know it will be down to workrate and solidarity again.” - Arsène Wenger
Dengan Arsene Wenger yang kerap dikritik kerana The Gunners tidak konsisten, pastinya dia mahu melakarkan kemenangan penting ini. Begitu juga van Gaal yang semakin panas punggong di Old Trafford, pencapaiannya tidak lebih malah boleh dikatakan hampir serupa dengan David Moyes.

Arsenal sebagai penyandang juara pasti mahu mengekalkan kejuaraan tersebut yang telah melegakan jutaan penyokong Arsenal pada musim lepas. Ianya dianggap sebagai satu batu loncatan kepada kejayaan-kejayaan yang lebih hebat bakal ditempa.

#ARSENALTEGAR menjangkakan kemenangan untuk The Gunners, dengan jaringan Manchester United 1-3 Arsenal.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.