Kesungguhan dan tenaga kami membuatkannya berbeza - Arsene Wenger

Foto: Arsenal.com
Selepas melalui awal musim yang agak kucar-kacir akibat dari kecederaan pemain utama, Arsenal kini sedang menghampiri tangga kedua liga EPL. Ianya sesuatu yang sangat positif buat semua penyokong Arsenal tambahan lagi Ozil pun kembali dengan prestasi terbaiknya, persefahaman antara Giroud dengan pemain perancang seperti Cazorla dan Alexis juga semakin mantap!

Ini membuka satu rencana baru dan meningkatkan harapan semua penyokong. Aaron Ramsey juga kelihatan semakin kemas permainannya, Coquelin yang merajai bahagian pertahanan tengah Arsenal juga memberikan keyakinan buat semua. Kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger semua itu adalah kerana kesungguhan dan tenaga yang tinggi dari para pemain The Gunners.
"For 80 per cent of the game against West Ham, we were in control. Maybe for 10 or 15 minutes in the second half they put us under pressure but you expect that in a derby when a team is 1-0 down. 
"We had some problems coming out of the dressing room when our energy dropped a bit. We found the energy again after and that made the difference." - Arsene Wenger
 Kini hanya Arsenal sahaja yang masih bersaing dalam 3 pertandingan iaitu Piala FA, UCL dan EPL. Semoga Arsenal dapat melakar kejayaan yang manis musim ini.
Dikuasakan oleh Blogger.