Highlights Arsenal 3-4 Liverpool: Pak Wenger gagal hidu perubahan taktikal Klopp!

Pak Wenger semakin nyanyuk dan tak dapat handle perubahan taktikal oleh Klopp. Bongoklah orang tua nih.

Masih dirundung sedih? Takpelah! Kita tengok dari sudut positif pulak.. Dah 3 musim berturutan Arsenal kalah dalam perlawanan pembukaan. Musim sebelum ni kita kalah dengan Aston Villa.. Kau tak ingat? Lepas tu kita dapat no 2 dalam saingan liga.



Musim sebelum tu kalah dengan West Ham.. Kita dapat no 3.. Kau nampak tak permainannya di situ?

Mungkin musim ini ada chance no 1 atau dia akan skip dan terus ke no 4 semula. Kahkahkahkah! Hampeh la..

Apa harapan korang? Agak-agak Pak Wenger tu nak beli player untuk cover defense? Ntah apa cerita dengan Shkodran Mustafi.. Next is Watford. Confirm trio Mesut Ozil, Laurent Koscielny & Olivier Giroud akan diturunkan.

Masalahnya bukan Arsenal tak boleh score tapi tak reti defend. Hancur woyyyy!

Separuh masa pertama memang Arsenal buli Liverpool hinggalah Rob Holding jatuhkan Cautinho dan hadiahkan mereka sepakan percuma dari posisi bahaya pada minit-minit tambahan. Cautinho pulak rembat melengkung cantik ke atas sudut gol dan Petr Cech gagal untuk menepis keluar. Just perfect!

Bermula je separuh masa kedua.. Liverpool serang lain macam. Sah-sah Klopp ubah taktikal dan arahkan Moreno lebih bertahan dibawah. Memang lauk si Moreno ni masa first half. Akibatnya? Arsenal pulak kena buli. Phuiiii!

Walaupun begitu.. Kemasukan Oxlade-Chamberlain dan Cazorla menukar rentak Arsenal. Tapi kalau kau score 10 dan tak reti nak pertahankan.. Sudahnya lawan score 11.. Kalah juga! Apa ketum Pak Wenger minum?
Dikuasakan oleh Blogger.