UCL: Olympiacos 3-1 Arsenal / Post-Match (Young Guns Is Not Good Enough!)


KALAH! Walaupun Arsenal sudah layak ke pusingan seterusnya, para penyokong tegar Arsenal tetap tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditonjolkan oleh pelapis muda The Gunners. Barisan yang rata-rata jarang diberikan peluang beraksi tetapi gagal untuk menyerlah.

Barisan penyerang yang diketuai oleh Marouane Chamakh, Arshavin dan Chamberlain jelas gagal merencana sebarang ruang apabila pemain Olympiacos begitu bersemangat menutup setiap sudut dan yang paling jelas, Chamberlain diberikan kekangan sehingga 3 orang setiap kali dia memiliki bola. Chamakh pula kelihatan cuba membuka ruang untuk rakan tetapi balancing yang tak bagus menyebabkan dia kerap tersungkur dan tidak mempunyai body contact yang baik. Arshavin pula kelihatan kekok untuk membaca gerakan Chamakh dan tidak mempunyai chemistry.


Olympiacos mengamalkan corak permainan yang agak keras dan kadangkala kelihatan seperti pasukan Stoke City. Barisan midfielder Arsenal agak mengecewakan kerana tidak berupaya merencana gerakan untuk menyerang. Benayoun kelihatan terpencil dan tidak mempunyai rakan serasi untuk bergerak. Frimpong dan Coquelin pula agak cuak dan kerap membuat kesilapan sehingga terlepas bola kepada pihak lawan. Kerajinan pemain Olympiacos begitu terserlah sehingga akhirnya berjaya membuahkan gol pada minit ke 16 apabila Arshavin kehilangan bola dan seterusnya Squillaci dan Djourou berjaya membuat lawak memberi kesempatan kepada Rafik Djebbour melorongkan bola ke gawang Arsenal.

Fabianski terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan Vito Mannone diberikan peluang beraksi. Namun begitu, sekali lagi lawak badut berlaku apabila Mannone membuat clearance yang tidak kemas lalu bola muntah ke kaki David Fuster dan merembat ke gawang. Mannone mempunyai kesempatan untuk menangkap bola tersebut tetapi entah apa gile dia cuba melibas bola dengan kaki, malangnya libasan tidak kena bola lalu menerjah sekali lagi ke gawang Arsenal menjadikan kedudukan 2-0.

Yossi Benayoun memberikan semangat untuk The Gunners apabila merembat kencang menerobos ke pintu gol Olympiacos dengan jumlah jaringan 2-1. Barisan pertahanan Arsenal sekali lagi dihantui kecederaan apabila Iqnasi Miquel dibawa masuk menggantikan Andre Santos. Pada minit-minit akhir perlawanan, sekali lagi gawang Arsenal bocor menjadikan kedudukan 3-1 dan ianya kekal sehingga ke wisel penamat. Perlawanan yang amat membosankan dan terserlah pemain muda Arsenal tidak berupaya memberikan saingan bermakna kepada Olympiacos.

Namun perlu difahami bahawa ini merupakan sesi latihan dan pengalaman untuk pemain muda diperingkat tertinggi. Mereka perlu memanfaatkan dengan sebaiknya pengalaman yang diperolehi itu. Mereka perlu beraksi dengan lebih menyakinkan. Kesilapan bodoh seperti yang dilakukan sewaktu perlawanan dengan Olympiacos mestilah dielakkan dan ditangani segera!

Antara pemain yang mengecewakan ialah Chamakh, Arshavin, Djourou, Squillaci, Fabianski & Mannone. Keputusan Group F, Arsenal dan Marseille layak ke pusingan kalah mati UCL!
Dikuasakan oleh Blogger.