Breaking

EPL: Money vs Talent / Pre-Match


Skuad Arsenal akan berkunjung ke Stadium Etihad untuk perlawanan menentang Manchester City awal pagi Isnin 12.10am waktu Malaysia. Ianya pasti perlawanan yang sengit kerana Manchester City antara pasukan yang menjadi duri dalam daging kepada kejatuhan Arsenal pada awal musim. Ianya berikutan perpindahan pemain utama Arsenal ke skuad yang dibimbing oleh Roberto Mancini.

Kali ini, dengan prestasi RvP serta Arsenal memiliki kekuatan disetiap bahagian akan cuba merobek ego pasukan yang dibina atas faktor kewangan saja. Pemain Manchester City hanya berlandaskan kepada wang semata-mata dan perpaduan serta keserasian antara pemain kerap menjadi isu. Ini lebih menjurus kepada ego pemain bintang yang mahukan mereka dilayan seperti raja. Skuad ini pasti tak mampu untuk pergi lebih jauh. Lihat saja apa yang berlaku pada mereka untuk UCL.. kini mereka hanya bersaing untuk Europa Cup!

Arsenal yang membelanjakan wang dengan penuh berhemah dan berjimat cermat tetap mampu melangkah ke pusingan seterusnya dan telah diundi untuk menentang AC Milan di San Siro. Pasukan Arsene Wenger ini kerap dicemburui oleh pengurus serta peminat pasukan lain dan mereka menyanjung apa yang telah Arsene Wenger lakukan untuk Arsenal.

Esok, Robin van Persie akan dikawal dengan ketat kerana rekod 14 goal dalam 11 perlawanan menyatakan kemampuan pemain tersebut. Kata RvP:
"Everybody had written us off to come back from something like that and weren't speaking positively about us. 
"To bounce back from a period like that you can say that everybody earns some credit because we had to dig deep - trust me."
Beberapa bekas pemain Arsenal pasti mahu menunjukkan bahawa mereka telah membuat keputusan yang betul dengan menyertai Manchester City. Kolo Toure, Gael Clichy & Samir Nasri akan menjadi tumpuan lensa kamera untuk melihat reaksi mereka.

Barisan kemungkinan:

Szczesny
Djourou - Mertesacker - Koscielny - Vermaelen
Arteta - Alex Song - Ramsey
Walcott - RvP - Gervinho

Jaringan jangkaan: Manchester City 1-2 Arsenal

Para penyokong tegar Arsenal dikhabarkan akan berkumpul di beberapa lokasi untuk sama-sama menyaksikan perlawanan tersebut. Apa pun TAK KIRA KALAH ATAU MENANG.. SEMANGAT TERUS MEMBARA.. TAKKAN LUNTUR! COYG!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.