Breaking

EPL: Arsenal 1-1 Wolves / Post-Match (Hanya 1 mata!)


Persembahan yang agak mantap daripada penjaga gol Wolves, Hennesey menyebabkan Arsenal terpaksa menerima hanya 1 mata daripada perlawanan yang sepatutnya mudah untuk skuad The Gunners. Seawal minit ke 8, Gervinho telah menyumbat 1 gol untuk menyemarakkan semangat para penyokong Arsenal.

Serangan bertali arus yang diketuai oleh RvP berjaya disekat dengan barisan pertahanan Wolves bersungguh-sungguh hinggakan kebanyakan pemain Wolves berada di bahagian pertahanan. Bagaimana pun, Hennessey benar-benar beraksi cemerlang dengan menafikan beberapa cubaan berbahaya serta tandukan yang berjaya ditepis keluar.

Pada penghujung separuh masa pertama, Fletcher mendapat peluang dan melakukan tandukan spontan yang menewaskan penjaga gol Arsenal di penjuru sebelah kanan. Tekanan untuk pemain Arsenal melonjak untuk membantu RvP mendapatkan jaringan. Benayoun dan Rosicky yang diberikan peluang sebagai kesebelasan utama menggerakkan jentera tengah dibantu oleh Arteta tetapi gerakan mereka mudah dibaca kerana bola pastinya dilorongkan kepada RvP.

Separuh masa kedua berlangsung dengan lebih tekanan untuk skuad The Gunners. Asakan demi asakan dilakukan hingga menyebabkan Vermaelen dan Alex Song dilayangkan kad kuning. Pada minit ke 75, pertahanan Wolves, Milijas diberikan kad merah kerana mengasari pemain Arsenal dan The Gunners meningkatkan serangan apabila Prof. Wenger memasukkan Arshavin, Chamakh dan Ramsey.

Tetapi tetap gagal mencari ruang untuk membolosi gawang Wolves. Dengan aksi 10 pemain, hampir keseluruhan skuad Wolves bertahan untuk memastikan Arsenal serta RvP terutamanya tidak mampu mencari ruang. Ketiadaan natural fullback benar-benar dirasai kerana tiada overlapping untuk membantu serangan. Djourou yang diletakkan sebagai fullback kanan sesekali cuba mengacah tetapi larian dan gelecekannya tidak menyakinkan serta kerap kehilangan bola. Gaya rambut style kepala mancis Djourou tidak memberikan apa-apa impak kepada permainannya.

Arsenal gagal memanfaatkan kelebihan serta peluang untuk menjadi Top Four dengan Chelsea, Liverpool dan Manchester City yang mencatatkan keputusan seri. Kali ini banyak pasukan yang hanya berjaya meraih 1 mata. Daripada 10 perlawanan EPL hanya 3 pasukan berjaya mencatat kemenangan manakala yang lain hanya seri 1-1 atau 0-0.


RvP sepatutnya mampu lakukan hatrik tetapi dia seperti kurang menjadi apabila gagal menampan bola dengan baik serta rembatan yang kurang menyengat. Chamakh yang dimasukkan pada penghujung separuh masa kedua mengalami kecederaan apabila bertembung kepala dengan RvP sewaktu cuba menanduk bola di depan pintu gol Wolves sehinggakan darah meleleh dan perlukan rawatan.

Beberapa kali pengadil didesak untuk memberikan penalti kepada Arsenal apabila terkena tangan pemain Wolves tetapi tidak diendahkan oleh beliau. Selepas ini Arsenal akan bertemu dengan QPR untuk perlawanan terakhir tahun ini dan peluang terakhir untuk RvP memecah rekod Alan Shearer.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.