Breaking

Masa untuk Frimpong?


Emmanuel Frimpong telah berada di Arsenal sejak 2001 ketika dia berumur hanya 9 tahun. Dia telah beraksi untuk skuad akademi remaja Arsenal dengan rakan baiknya Jack Wilshere yang telahpun memecah masuk ke sebelasan utama Arsenal. Dengan latihan yang diterima dibawah akademi remaja Arsenal, Frimpong telah dimasukkan ke dalam pasukan Arsenal.

Terdapat juga khabar angin yang Frimpong akan menerima tawaran pinjaman ke Cardiff atau Wolves. Berkemungkinan ianya akan mampu memberikan impak kepada peningkatan prestasi Frimpong dalam menimba lebih banyak pengalaman. Sebagai contoh, Wilshere telah meningkat dengan mendadak selepas bermain secara pinjaman untuk Bolton.

Inilah masa untuk Frimpong masuk sebagai kesebelasan utama, beberapa perlawanan sebelum ini menunjukkan dia memiliki kualiti yang diperlukan, cuma perlukan pengalaman dalam mengawal emosi serta kekuatan mental untuk mempunyai tempo tersendiri. Semoga dia mampu berikan yang lebih baik untuk Arsenal dan menjadi pemain hebat untuk The Gunners!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.