Breaking

Dilemma The Gunners - Andre Santos cedera buku lali


Pemain kelahiran Brazil yang bermain diposisi pertahanan kiri mengalami kecederaan buku lali sewaktu beraksi dalam perlawanan UCL menentang Olympiacos yang berkesudahan Olympiacos 3-1 Arsenal.

Pemain tersebut yang telah beraksi ketika Arsenal menewaskan Wigan pada hujung minggu lepas dikeluarkan pada separuh masa kedua. Dia digantikan oleh Ignasi Miquel yang masih belum cukup matang untuk posisi tersebut.
"Santos suffered a bad ankle injury. He looks like he will be out for a while. 
"We have Kieran Gibbs coming back in two to three weeks. Hopefully Santos will not be too long but, for Saturday against Everton, he looks to be short."
Ujar Prof. Wenger ketika ditemubual. Pemain berusia 28 tahun tersebut menyertai Arsenal daripada Fenerbahce pada musim perpindahan lepas dan telah membuat 13 penampilan serta menjaringkan 2 gol untuk The Gunners.

Dilemma kecederaan nampaknya kembali menghantui Arsenal musim ini dan rata-rata para penyokong tegar Arsenal risau sekiranya masalah kecederaan juga mungkin menimpa RvP, Szczesny dan pemain utama lain. Kerisauan ini wajar kerana pemain pelapis Arsenal kelihatan kurang serasi serta tiada persefahaman.

Prof. Wenger perlu segera membuat sesuatu agar dilemma tersebut dapat dihindari dari awal lagi.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.