Apa jadi dengan Chamakh?


Penyerang Maghribi yang bermain untuk Arsenal, Maroaune Chamakh dikhabarkan akan menilai semula masa depannya bersama Arsenal. Dia yang diperolehi secara percuma pada 2 musim lepas, kini gagal mempamerkan aksi cemerlang dan kerap diletakkan dibangku simpanan.

Ianya memberikan tekanan kepadanya apatah lagi dengan prestasi hebat RvP ketika ini menambahkan lagi tekanan terhadap dirinya. Walaupun diberikan beberapa peluang namun Chamakh gagal menyinar.

Walaupun Chamakh memulakan karier dengan agak baik menggalas tanggungjawab ketika musim pertama menggantikan RvP yang cedera ketika itu tetapi aksinya semakin menurun sehingga kini. Kadangkala sehinggakan tidak tersenarai dalam pemain simpanan.

"I am 27. I need to play. I cannot stay like this forever. If I played more, of course I would have more confidence and score more goals." kata Chamakh.

Januari nanti Chamakh akan bermain untuk Maghribi dalam pertandingan Africa Cup of Nations dan dia perlu benar-benar menggunakan kesempatan tersebut untuk menunjukkan kemampuannya sebagai penyerang prolifik. Pastinya pada hujung musim Chamakh akan menilai semula masa peluangnya bersama The Gunners.
Dikuasakan oleh Blogger.