Breaking

EPL: Aston Villa 1-2 Arsenal / Post-Match

Wow.. lewat sungguh update postmatch kali ni.. maaf kerana penulis sangat occupied dengan tugasan dan juga bisnes kecil-kecilan yang baru dimulakan. Apapun, Arsenal telah pun memenangi perlawanan getir yang berlangsung dengan sedikit suram tanpa kelibat Alex Song.

Barisan pemain tengah agak kekeringan idea kreatif untuk menjana serangan serta membuka ruang buat RvP yang dikawal ketat. Seperti biasa, pasukan lawan bermain dengan disiplin untuk mengekang pergerakan RvP. Sepakan penalti dihadiahkan dan disempurnakan oleh kapten RvP serta menyamakan rekod jaringan Thierry Henry.

Pada separuh masa kedua, Aston Villa berjaya menyamakan kedudukan apabila hantaran kebelakang oleh Thomas Vermaelen berjaya dipintas oleh Albrighton dan menggegar gawang Arsenal. Beberapa pertukaran dilakukan apabila Rosicky, Arshavin dan Benayoun dimasukkan dan percaturan tersebut ternyata menjadi apabila Benayoun menanduk kemas sepakan sudut daripada RvP.

Frimpong yang diberikan peluang beraksi menggantikan Alex Song kelihatan goyah tidak seperti biasa. Mungkin dia gugup sehinggakan melakukan beberapa kesilapan serta hantaran yang tersasar. Apapun 3 mata berjaya diraih untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.