3 bulan untuk Andre Santos!


Sekali lagi Arsenal dihantui oleh masalah kecederaan. Pemain dari Brazil yang baru saja menyertai Arsenal musim ini telah ditimpa kecederaan ketika perlawanan UCL menentang Olympiacos dan perlu menjalani pembedahan buku lali.

Dia dikatakan perlu berehat selama 3 bulan sebelum pulih dan boleh beraksi semula untuk Arsenal. Prestasi pemain tersebut yang cemerlang membantu serangan serta mempunyai bacaan permainan yang mantap telah memberikan dimensi berbeza untuk bahagian pertahanan kiri Arsenal yang dikosongkan oleh Gael Clichy (berpindah ke Manchester City) dan disebabkan juga oleh kecederaan Kieran Gibbs.

Kecederaan ligamen dibuku lali kanannya perlu dirawat dan Santos akan terbang lke Brazil untuk pembedahan tersebut. Posisi pertahanan kiri kini diisi oleh Thomas Vermaelen yang beraksi cemerlang sewaktu menentang Everton minggu lepas. Gibbs semakin pulih dan perlu segera mendapatkan fitness untuk beraksi kembali.

Apakah Prof. Wenger perlu membeli pemain baru untuk mengisi kekosongan yang berlaku akibat kecederaan? Ini persoalan yang perlu diteliti dan pada hemat penulis mungkin pembelian pemain adalah perlu tetapi mungkin bukan pemain bintang!
Dikuasakan oleh Blogger.