EPL: Aston Villa vs Arsenal / Pre-Match (Coquelin atau Frimpong?)
Pagi nanti Arsenal akan ke Villa Park untuk pertembungan EPL dengan Aston Villa. Setelah dikecewakan oleh Manchester City minggu lepas pastinya skuad Arsenal mahu kembali merasai kemenangan untuk terus mendaki tangga liga EPL.
Walaupun musim ini Aston Villa kurang menunjukkan prestasi yang baik tetapi mereka tetap pasukan yang perlu diberikan perhatian dan waspada kerana pengurus mereka, Alex McLeish pernah mengecewakan The Gunners sewaktu membimbing Birmingham City musim lepas pada perlawanan final Carling Cup.
Taktikal fizikal pasti menjadi pilihan Aston Villa untuk mengatasi kelicikan teknikal Arsenal. Alex Song tak bermain untuk perlawanan nanti jadi Prof. Wenger perlu memilih Coquelin atau Frimpong sebagai pengganti. Posisi ini penting untuk memastikan asakan Aston Vila mampu digagalkan dan menjadi dinding kebal sebelum barisan pertahanan Arsenal.
Gabriel Agbonlahor yang memiliki kelajuan serta kawalan bola yang agak baik perlu diberikan perhatian supaya tidak memberikan masalah kepada barisan pertahanan Arsenal. Ignasi Miquel mungkin diberikan peluang sebagai kesebelasan utama dan ianya adalah ruang untuk dia menunjukkan kemampuan serta kematangan permainan yang sebenar.
Secara keseluruhan, Arsenal memiliki kelebihan untuk menang dan perlu memastikan 3 mata milik mutlak The Gunners!
Barisan jangkaan:
Jaringan jangkaan: Aston villa 0-3 Arsenal

Szczesny
Koscielny - Mertesacker - Vermaelen - Miquel
Ramsey - Frimpong - Arteta
Walcott - RvP - Gervinho

Tiada ulasan: