Breaking

EPL: Manchester City 1-0 Arsenal / Phil Dowd BANGSAT!


Maaf lewat update.. baru sampai kembali ke rumah setelah 2 minggu di Melaka.. okay back to the topic.. Arsenal tewas kepada Manchester City dengan keputusan tipis 0-1 hasil jaringan David Silva setelah berlaku pergelutan didepan pintu gol Arsenal. Ianya bermula apabila Balotelli merembat tetapi ditepis oleh Szczesny.. namun bola tersebut muntah ke David Silva yang menampan mudah ke gawang Arsenal.

Pada awal perlawanan, Manchester City mengasak Arsenal dengan bertali arus tetapi barisan pertahanan The Gunners berjaya menyerap setiap asakan dengan cemerlang. Wojciech Szczesny juga berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada Kun Aguero. Beberapa kali Arsenal melakukan serangan pantas namun ketangkasan Joe Hart mengecewakan The Gunners.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0 dan ketangkasan kedua-dua penjaga gol berjaya menafikan sebarang gol terhasil. Pada separuh masa kedua, Arsenal bangkit dengan persembahan yang lebih menyakinkan dan meningkatkan kreativiti serta peluang untuk RvP. Arsenal seharusnya dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Micah Richards di dalam kotak penalti tetapi Phil Dowd pengadil perlawanan hanya BUAT BODOH! walaupun insiden tersebut berlaku di depan mata beliau! Ini bukanlah pertama kali berlaku untuk Arsenal sepanjang Phil Dowd mengadili perlawanan untuk The Gunners. Memang BIAS tahap KAMBENG!

RvP berjaya juga menyumbat bola ke gawang The Citizens tetapi jaringan tersebut dibatalkan kerana dikatakan telah offsaid sedangkan replay menunjukkan yang sebaliknya. Walaupun tewas, Arsenal tetap mampu berbangga kerana telah menunjukkan daya juang yang tinggi. Cuma beberapa pemain yang agak mengecewakan seperti Arshavin yang kelihatan seperti gugup kerana kawalan bola yang lemah serta rembatan yang langsung tidak bertenaga. Sangat tidak seperti Arshavin!


Theo Walcott agak tenggelam pada separuh masa pertama dan mula muncul sewaktu separuh masa kedua namun dia kelihatan kecewa apabila ditukarkan dengan Marouane Chamakh. Apa pun secara keseluruhan Arsenal mempamerkan permainan mantap disetiap bahagian cuma kekurangan natural fullback menyebabkan jentera serangan kekurangan sokongan tanpa overlap kiri dan kanan.

Cuma yang SPOIL ialah PHIL DOWD yang BANGSAT! Money bought this scum!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.