Breaking

EPL: Arsenal vs Wolverhampton / Pre-Match

Sebentar nanti, Arsenal akan menentang Wolves di Stadium Emirates. Walaupun lewat 1 hari daripada jadual asal oleh kerana beberapa faktor setempat, ianya dijangkakan memberikan kelebihan buat skuad The Gunners kerana mendapat rehat yang lebih.

Berdasarkan situasi semasa, semuanya kelihatan memihak kepada Arsenal. Dengan kedudukan di tangga ke 5, kemenangan terhadap Wolves akan melonjak Arsenal kembali ke Top Four EPL menggantikan Chelsea yang cuma mampu seri dengan Fulham. Liverpool pula seri dengan Blackburn manakala Manchester City diikat 0-0 oleh WBA.

Untuk perlawanan nanti, beberapa percaturan perlu dibuat oleh Prof. Wenger terutamanya posisi pertahanan. Pada perlawanan lepas, Coquelin diberikan peranan fullback kanan dan Vermaelen di fullback kiri. Mungkin Miquel boleh diberikan tanggungjawab menggantikan Vermaelen di kiri dan Koscielny kembali ke posisi kanan. Coquelin beraksi baik namun Vermaelen menyatakan dia kurang selesa dengan prestasinya di fullback kiri.

Alex Song akan kembali mengemudi bahagian tengah setelah menjalani penggantungan 1 perlawanan. Benayoun mungkin akan diberikan peluang beraksi kesebelasan utama manakala Arteta mungkin juga perlu diberikan rehat untuk mengelakkan kecederaan. Apakah Rosicky juga akan diberikan peluang? Hanya Prof. Wenger yang akan memutuskannya.

Barisan jangkaan:
Szczesny
Koscielny - Mertesacker - Vermaelen - Miquel
Song - Arteta - Benayoun
Gervinho - RvP - Walcott

Jaringan jangkaan: Arsenal 4-0 Wolves

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.