EPL: Arsenal vs QPR / Pre-Match (London Derby!)
After a frustrating draw with Wolves, we need to win this match and hopefully secure fourth place. We should be there already by this time IF we won against the Wolves but things seem not in good place for us especially for RvP.
He need to get hatrick to break Alan Shearer record but it's not an impossible task if we think about it clearly. Aha.. terskipping LONDON pulak.. Diharapkan keeper QPR tak begitu menjadi sebagaimana Wayne Hennessey kerana 3 mata penuh sangat diperlukan.
Pasukan QPR tidak memenangi sebarang perlawanan di bulan Disember ini dengan 3 seri dan dua tewas. Namun Arsenal perlu mengawal pergerakan budak nakal Joey Barton supaya dia tidak mendatangkan kekecewaan sekali lagi kepada Arsenal. Terutamanya dengan provokasi untuk menaikkan kemarahan pemain sehingga hilang fokus sebagaimana yang berlaku terhadap Gervinho.
Yossi Benayoun dan Rosicky menunjukkan persembahan yang baik serta persefahaman yang mantap. Mungkin mereka akan diberikan ruang untuk beraksi dalam kesebelasan utama sekali lagi. Cuma Arsenal perlu menggandakan 'URGENCY' untuk serangan balas supaya dapat memerangkap pihak lawan serta membuka ruang jaringan.
Walcott dijangka akan diturunkan setelah pulih dari mengalami sakit perut pada perlawanan Wolves tempohari. Tanpa Walcott, RvP seumpama hilang bisa serta 'SPARRING PARTNER'. Persefahaman mereka menjadi nadi untuk merobek gawang pihak musuh. Mereka seumpama gandingan Bergkamp dan Henry satu masa dulu.
Berita untuk mendapatkan Thierry Henry secara pinjaman pada bulan depan begitu hangat diperkatakan tetapi seperti biasa Prof. Wenger hanya mendiamkan diri. Jika ianya benar, pasti ramai penyokong tegar Arsenal akan bersorak gembira atas kepulangan lagenda Arsenal tersebut ke Stadium Emirates.
Apatah lagi dengan 'STATUE' beliau yang baru saja didirikan, pasti ia melonjakkan semangat para pemain muda yang ada. Apakah dia mampu mempamerkan aksi seperti sebelum ini? Harapan yang tinggi akan diletakkan di bahu Thierry Henry.
Inspirasi dari Henry mungkin mampu memberikan impak mentaliti juara kepada keseluruhan skuad The Gunners tetapi ia tetap satu percaturan yang mempunyai PRO & KONTRA tersendiri. Podolski juga dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates serta mendapat sokongan dari Mertesacker.
Walau apapun yang bakal berlaku, tumpuan kepada QPR perlu diberikan perhatian serius supaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan milik orang kaya dari Malaysia tersebut. QPR mendapat tempat dihati sebahagian gooners Malaysia oleh kerana faktor tersebut tetapi bagi penulis sendiri, ianya terlalu rapuh kerana Tony Fernandes diketahui umum pernah bekerjasama dengan Manchester United (Air Asia).
Barisan jangkaan:
Szczesny
Djourou - Mertesacker - Koscielny - Vermaelen
Ramsey - Alex Song - Arteta
Walcott - RvP - Gervinho
Jaringan jangkaan: Arsenal 4-1 QPR
RvP mempunyai peluang untuk mendapatkan HATRIK! Dan Arsenal perlu ALL OUT dalam perlawanan ini terutamanya untuk memperbaiki kedudukan dalam liga. Apakah Prof. Wenger sanggup untuk membuat percaturan seperti ini? Kita sama-sama nantikannya.
Tiada ulasan: