Breaking

UCL Last 16 Pre-Match: Arsenal vs AS Monaco, Tanpa Radamel Falcao Mampukah Dimitar Berbatov?

Alexis Sanchez diharapkan menjaringkan gol.
Foto: Arsenal.com
Perlawanan penting dalam langkah-langkah untuk ke final UCL tahun ini. Satu-satunya piala yang masih belm pernah Arsenal dan Arsene Wenger terutamanya dakap. Pada pra musim, Arsenal pernah dikalahkan oleh AS Monaco dalam saingan persahabatan Emirates Cup. Jaringan oleh Radamel Falcao menjadi pemisah antara kedua kelab.

Namun hari ini, Falcao tidak lagi bersama AS Monaco kerana terlalu ingin memanaskan bontot di Old Trafford. Yang menjadi tumpuan adalah bekas penyerang flop Spurs dan MU, Dimitar Berbatov akan mengetuai jentera serangan AS Monaco. Mampukah Joao Mautinho mengkucar-kacirkan skuad Arsenal?

Persoalan yang hanya akan terjawab dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi.

Di sebelah pihak The Gunners pula, Arsene Wenger tetap mengambil sikap berhati-hati dan enggan memandang rendah kepada kemampuan lawan. Apatah lagi dengan pengalaman Arsene Wenger yang pernah menguruskan pasukan AS Monaco. Ianya seumpama menggamit kenangan gitu :)
“It’s 25 years of my life coming together. It’s a bit strange but on the other hand my target is to go through to the quarter-finals and just to focus on that. I want to do well and I want to just play the game.” - Arsène Wenger
Tiada kecederaan baru dilaporkan terhadap pemain Arsenal. Dan pastikan Arsene Wenger akan menurunkan kesebelasan terkuat dengan Olivier Giroud ditugaskan untuk menghancurkan terus walau sekelumit harapan pihak AS Monaco. Ozil dan Sanchez serta Cazorla bersama Welbeck akan diberikan peranan dibahagian tengah seperti biasa.

Kami di #ARSENALTEGAR menjangkakan kemenangan berpihak kepada Arsenal dengan jumlah jaringan 3-0 tanpa balas :)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.