Breaking

EPL Pre-Match: Crystal Palace vs Arsenal

Skuad Arsenal akan ke Selhurst Park pada hari Sabtu nanti untuk memastikan 3 lagi mata penting bakal dikutip. Prestasi tidak menentu oleh Crystal Palace yang kini dibawah bimbingan Alan Pardew membuka ruang lebih positif buat Arsenal untuk melakar kejayaan seterusnya.

Beberapa perkembangan tentang pemain Arsenal, Flamini dan Bellerin dijangka memerlukan ujian saat akhir sebelum Arsene Wenger buat keputusan muktamad. Ini berdasarkan kepada keadaan kecederaan semasa yang kedua mereka alami. Calum Chambers pasti akan mengisi kekosongan diposisi fullback kanan.

Marouane Chamakh dari Crystal Palace
Foto: Arsenal.com 
Francis Coquelin pula hampir pasti akan bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kepada pertahanan Arsenal setelah beliau direhatkan sewaktu perlawanan FA Cup menentang Middlesbrough tempohari. Arsenal perlu mengikat bekas penyerang The Gunners yang berasal dari Morocco, iaitu Marouane Chamakh dari mengkucar-kacirkan barisan pertahanan.

Masih segar diingatan bagaimana Chamakh sedikit sebanyak telah membantu menjaringkan gol penting buat Arsenal sewaktu Robin van Persie mengalami kecederaan. Itu berlaku beberapa musim dahulu. Yaya Sanogo yang dipinjamkan ke Crystal Palace tidak dibenarkan bermain mengikut kontrak yang ditandatangani sebelum ini.




Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.