Tahniah Arsenal & Indonesia - Rekod Perlawanan Bolasepak Paling Lama!
Foto: Arsenal.com |
Para penyokong Arsenal di Indonesia bersama pasukan Arsenal telah mencipta rekod baru untuk perlawanan bolasepak paling lama dimainkan pada 24hb Januari 2015 yang lepas.
Marathon bolasepak tersebut turut dijayakan oleh lagenda Arsenal, Robert Pires dengan semangat gotong-royong dengan kerjasama daripada PUMA. Mereka juga menderma bola kepada setiap peserta sebagai sebahagian dari aktiviti kebajikan 'Save The Children'.
770 orang peserta telah menjayakan program tersebut bersama sekumpulan ahli kelab penyokong Arsenal Indonesia. Secara keseluruhannya perlawanan tanpa henti 11 sebelah tersebut berlangsung selama 9 jam, 3 minit dan 39 saat.
Untuk artikel lengkap sila ke Arsenal.com
Tiada ulasan: