Breaking

UCL Last 16 Fulltime: Arsenal 1-3 AS Monaco, Berbatov Senyum Kambing!

Serba tak menjadi sentuhan oleh Olivier Giroud
Perlawanan di Stadium Emirates antara Arsenal menentang AS Monaco berlangsung dengan tempo yang sangat rancak. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi tempo tinggi dan sentiasa mengasak pemain lawan dengan pantas untuk menutup ruang setiap kali terlepas kawalan bola.

Arsenal kelihatan lebih agresif memburu gol pertama, serangan bertali arus dilakukan oleh gandingan pemain tengah antara Cazorla, Alexis dan Ozil. Welbeck pula kerapkali bergandingan di bahagian penyerang bersama Giroud. Walaupun begitu, peluang yang terhidang beberapa kali gagal disempurnakan untuk merobek gawang AS Monaco. Keadaan ini membimbangkan para penyokong Arsenal.

Hinggalah ke minit 38' satu rembatan kaki kiri jarak jauh oleh Kondogbia terkena Mertesacker dan mengelirukan Ospina yang terpaku. Gol menerjah jaring Arsenal pada saat tidak terduga. Ianya membuatkan Arsenal lebih agresif menyerang kubu lawan. The Gunners berterusan berusaha mencari jaringan penyamaan hinggalah tamat separuh masa pertama tanpa ada satu pun rembatan yang tepat ke gol AS Monaco.

Separuh masa kedua bermula tanpa banyak perubahan. Arsenal masih mencari ruang dan cuba mencetak jaringan tetapi ternyata kubu AS Monaco kebal. Olivier Giroud sekali lagi menghampakan seluruh penyokong Arsenal apabila gawang terbuka luas tetapi dia berjaya melautkan sepakan ke langit. Theo Walcott dimasukkan sejurus insiden tersebut menggantikan Giroud.

Kesungguhan Alexis Sanchez tak mampu
membantu Arsenal
Oleh kerana terlalu menyerang, Arsenal dihukum apabila counter-attack AS Monaco memerangkap Per Mertesacker dan Dimitar Berbatov menyudahkan rembatan kencang menewaskan Ooooospina! Kedudukan jaringan Arsenal 0-2 AS Monaco.

Arsene Wenger menambah lagi kekuatan jentera serangan Arsenal dengan memasukkan Oxlade-Chamberlain dan Rosicky menggantikan Coquelin dan Cazorla. Walaupun Alexis Sanchez pemain yang hyper rajin namun kecenderungan dia menggelecek sendirian menyebabkan kadangkala rakan sepasukan sukar membaca hantaran dan dia sendiri kerapkali terlepas kawalan bola kepada pihak lawan.

Pada minit akhir Oxlade-Chamberlain berjaya merembat lencong menerjah ke gawang AS Monaco. Namun sekali lagi counter-attack oleh AS Monaco merobek jiwa para penyokong Arsenal apabila Carrasco menewaskan Ospina dengan rembatan leret dan perlawanan berkesudahan Arsenal 1-3 AS Monaco. Berkemungkinan besar Szczesny akan kembali diberikan peranan utama sebagai penjaga gawang Arsenal berikutan persembahan Ospina yang sangat goyah.

Mampukah Arsene Wenger?
Apakah percaturan yang bakal dilakukan oleh Arsene Wenger untuk perlawanan 2nd leg nanti? Arsenal perlu mendapatkan minima 3 jaringan tanpa balas. Atau sekali lagi Arsenal berputih mata untuk ke quarter final UCL seperti tahun-tahun sudah?

Apa lagi yang masih kurang dengan Arsenal? Sebagai penyokong tegar, teruskan sokongan anda kepada Arsenal!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.