FA Cup Fulltime: Arsenal 2-0 Middlesbrough, Giroud Double!
Jaringan kedua Arsenal oleh Olivier Giroud Foto: Arsenal.com |
Walaupun admin #ARSENALTTEGAR hanya dapat menyaksikan perlawanan melalui live streaming kemenangan Arsenal menewaskan Middlesbrough awal pagi tadi. Permainan menarik ditunjukkan oleh skuad Arsenal sepanjang 90 minit perlawanan.
Pemain pertahanan dari Brazil yang baru ditandatangani Januari lalu, Gabriel beraksi buat pertama kalinya bergandingan dengan Laurent Koscielny berjaya mengekang semua asakan lawan. Dan untuk pertama kalinya juga dia dilayangkan kad kuning kerana mengekang larian pemain lawan.
Trio Cazorla, Ozil dan Alexis mengemudi bahagian tengah dengan baik serta menjana serangan demi serangan ke kubu Middlesbrough. Corak permainan Arsenal sangat menghiburkan dengan one-touch serta passing pantas antara pemain. Arsenal menguasai hampir 75% permainan dan Olivier Giroud berjaya membolosi gawang lawan setelah menerima hantaran lintang yang rendah dari Kieran Gibbs.
Berselang dua minit kemudian, Arsenal sekali lagi merobek gol Middlesbrough setelah sepakan sudut yang pantas oleh Alexis Sanchez berjaya menemui Olivier Giroud dan ditampan masuk dengan cantik. Flamini yang diberikan kepercayaan untuk membantu mengekang di bahagian tengah juga beraksi cemerlang.
Arsenal perolehi beberapa peluang lagi menerusi Welbeck, Alexis dan Cazorla tetapi gagal menemui sasaran. Ternyata Middlesbrough tidak mampu melakukan apa-apa terhadap dominasi permainan oleh Arsenal.
Pada separuh masa kedua, Theo Walcott, Tomas Rosicky dan Chuba Akpom dimasukkan menggantikan Danny Welbeck, Alexis Sanchez dan Olivier Giroud. Arsenal akan ke peringkat suku akhir FA Cup!
Tiada ulasan: