Breaking

Arsene Wenger yakin Arsenal akan layak Champions League

Foto: Arsenalwallpapers10.net
Liga EPL sudah masuk ke fasa kedua dan semakin menghampiri ke penghujung. Ketika ini Arsenal berada di kedudukan ke 6 dan sedang bertarung merebut posisi 4 terbaik liga. Persaingan musim 2014/15 ini nampaknya lebih sengit berbanding musim lepas yang lain.

Dengan jarak perbezaan mata yang sedikit dari pasukan ke 2 hingga ke 7 maka agak sukar membuat ramalan pasukan mana yang mampu mendapatkan jaminan penyertaan ke Champions League musim depan.

Walaupun begitu, Arsene Wenger tetap yakin anak buahnya mampu merapatkan kedudukan dan mempunyai kualiti yang diperlukan untuk mendaki anak tangga ke posisi 4 terbaik liga. Tanpa Champions League, Arsenal pasti akan alami risiko kehilangan pemain star kepada kelab lain.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.