EPL Fulltime & Video Jaringan: Spurs 2-1 Arsenal, Taktikal Plan B Gagal
Foto: Arsenal.com |
Arsenal gagal menewaskan Spurs di gelanggang lawan. Ianya agak menjengkelkan dan menyakitkan hati tetapi itu bukan alasan untuk terus kecewa serta putus harapan. Kekecewaan sebegini sebenarnya menjadikan para penyokong Arsenal lali dengan suasana kekalahan pada pasukan rival.
Perlawanan bermula positif buat The Gunners. Jangkaan #ARSENALTEGAR tentang pemain yang diturunkan hampir tepat cuma Walcott digantikan dengan Welbeck. Seawal minit ke 11 permainan, Arsenal mengejutkan Spurs dengan serangan counter-attack yang pantas setelah Welbeck berjaya meloloskan diri dibahagian sayap sebelah kanan mengelirukan Danny Rose.
Umpanan ke tengah menemui Olivier Giroud dan kuisan first-timer menuju kepada Mesut Ozil yang menyempurnakannya dengan volley ke gawang Spurs menewaskan Lloris. Namun selepas itu Spurs semakin rancak menyerang Arsenal bertali arus. Taktikal bertahan (Plan B) yang direncanakan oleh Arsene Wenger pada perlawanan ini menyerupai taktikal sewaktu perlawanan Manchester City.
Walaupun begitu, permainan Arsenal kelihatan kurang kemas dan football flow agak tersekat. Kerapkali hantaran The Gunners berjaya dipintas oleh pemain Spurs. Santi Cazorla tidak dapat bergerak bebas seperti biasa dan ini mengganggu kelancaran serangan Arsenal. Separuh masa pertama tamat dengan jaringan kekal Spurs 0-1 Arsenal.
Foto: Arsenal.com |
Formasi pemain Arsenal semakin goyah setelah beberapa kali hantaran di sekat. Welbeck dikeluarkan dan digantikan dengan Walcott manakala Rosicky dimasukkan untuk memberikan impak menggantikan Cazorla.
Namun taktikal Spurs yang mengekang hantaran kepada pemain sayap Arsenal menampakkan hasil setelah para pemain Arsenal kelihatan hilang daya kreativiti. Walcott mendapat lorongan thru-pass dari Rosicky tetapi kawalan bola yang lemah membuatkan peluang menjaringkan gol tersebut hilang begitu sahaja.
Perlawanan berkesudahan dengan Spurs 2-1 Arsenal.
Tiada ulasan: