Breaking

EPL Video Highlight: Arsenal 5-0 Aston Villa


Raikan kejayaan pasukan Arsenal :)
Saksikan highlight 5 gol tersebut sekarang.



Photo: Arsenal.com
Gol pertama hasil lob menarik dari Giroud setelah mendapat hantaran superb dari Ozil. Walaupun serangan demi serangan dibuat, Arsenal gagal memperolehi gol kedua yang dicari. Separuh masa pertama berakhir Arsenal 1-0 Aston Villa. Gol kedua tiba sepuluh minit selepas separuh masa kedua bermula, jaringan oleh Ozil setelah Giroud melorong cantik ke sebelah kiri. Placing super fine oleh Ozil disebelah penjuru kanan gol membuatkan Brad Guzan tertewas buat kali kedua.

Gol ketiga oleh sepakan lencong Walcott hasil one-two dengan Cazorla menggegar gawang Aston Villa. Counter-attack Arsenal memang awesome! Tomas Rosicky dan Chuba Akpom masuk menggantikan Theo Walcott dan Mesut Ozil. Gol keempat adalah hasil sepakan penalti Cazorla setelah Chuba Akpom dijatuhkan oleh Brad Guzan. Walaupun Cazorla merembat dibahagian tengah dan Guzan berjaya menampan tetapi kekuatan sepakan membuatkan bola tetap menuju ke gawang.


Dalam masa tambahan selepas 90 minit, Cazorla melorong bola kepada Hector Bellerin yang membuat placing ke sebelah kiri penjuru gol. Sekali lagi Brad Guzan hanya mampu melihat tanpa sempat berbuat apa-apa. Secara keseluruhannya team Arsenal beraksi cemerlang dengan kehebatan Coquelin menyerap serangan dan mematahkan gerakan Aston Villa. David Ospina sekali lagi mengekalkan cleansheet menjaga gawang Arsenal.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.