Breaking

5th Round FA Cup Pre-Match: Arsenal vs Middlesbrough

5th Round FA Cup Pre-Match: Arsenal vs Middlesbrough
Mampukah Walcott sekali lagi menggegar gawang?
Foto: Arsenal.com
Macam biasa sebelum apa-apa perlawanan, kami di #ARSENALTEGAR akan bawakan ulasan preview. Kali ini adalah pertembungan FA Cup antara Arsenal menentang Middlesbrough di Stadium Emirates pada awal pagi Isnin nanti.

Jurulatih Middlesbrough, Aitor Karanka adalah merupakan salah seorang pembantu Jose Maurinho selama 3 tahun di Real Madrid.

Dengan latarbelakang tersebut, malah pengalaman sebagai pemain pertahanan yang pernah menjuarai European Cup maka adalah tidak hairan apabila Middlesbrough kini sangat taktikal serta sangat solid bertahan. Berdasarkan rekod terkini Middlesbrough, mereka gemarkan corak serangan melalui sayap untuk membuka ruang menjaringkan gol. Mereka juga suka mengekalkan possession.
“We have worked very hard to get where we are. Now it is about how much we can keep our focus, how much we can push ourselves to do well and on that front I cannot complain.” - Arsène Wenger
Kata Arsene Wenger lagi, EPL penuh dengan kejutan. Pasukan tercorot diliga juga mampu mengalahkan pasukan yang hebat di puncak liga. Oleh kerana itulah Arsenal akan berikan 100% tumpuan dan kekuatan dalam setiap perlawanan.

Pertembungan dengan Middlesbrough adalah sangat penting untuk terus melangkah sehingga ke akhir dan mempertahankan Piala FA di Emirates. Dengan prestasi Middlesbrough yang begitu konsisten musim ini, Arsenal perlu lebih kemas dan meningkatkan persefahaman setiap pemain.
Mesut Ozil perlu terus meningkatkan prestasi beliau dengan mengemudi bahagian tengah. Wojciech Szczesney dijangka akan diberikan tugasan menjaga gawang Arsenal manakala Gabriel juga dikhabarkan mungkin akan diturunkan bergandingan dengan Per Mertesacker. Aaron Ramsey sudah pasti tidak akan diturunkan kerana kecederaan dan diberitakan hanya memerlukan sekitar 2 minggu sahaja untuk pulih kembali.

Adakah Jack Wilshere akan kembali diserapkan kepada kesebelasan utama? Berikut ialah barisan jangkaan Arsenal:

Wojciech Szczesny
Callum Chambers - Per Mertesacker - Gabriel Paulista - Kieran Gibbs
Theo Walcott - Santi Cazorla - Francis Coquelin - Tomas Rosicky - Mesut Ozil
Olivier Giroud

Alexis Sanchez mungkin akan diletakkan dibangku simpanan untuk mengurangkan risiko kecederaan setelah perlawanan menentang Leicester tempohari.  Kami di #ARSENALTEGAR menjangkakan jaringan:
Arsenal 2-1 Middlesbrough

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.