Wilshere injured lagi? Ape ke hawaunya semua ni!

Apa lagi yang tak kena dengan budak Wilshere ni? Pening acik nengokkan dia ni.. Mainnye idak la seberapa sangat.. Injured aje lebihnya. Puih!




Yang terbaru ni budak Wilshere dikatakan cedera lagi semasa bermain perlawanan persahabatan menentang MLS All Star hari tu. Bakatnya ada tapi langsung tak lasak! Acik ingat elok kita hantar dia masuk hutan dengan Bear Grylls belajar survival dulu la.. Lepas tu tinggalkan dia terus kat hutan tu!

Sedih juga acik nengok budak sorang ni. Dah la pakai no 10.. Tak beragak nak nombor best.. Sudahnya beraksi la no 10 ko tu kat wad pesakit tegar.. Puiiii!

Tapi dengarnya kali ni cedera mungkin ambil masa singkat je untuk pulih semula. Entahlah! Acik tak harap sangat dah.. Asyik kecewa je dengan budak sekor ni. Dulu-dulu duk bayang dia ni boleh cover dan berikan khidmat terbaik untuk Arsenal tapi nampaknya acik silap! Acik sedar acik hanyalah ada harapan kosong yang selalu kecewa! Kahkahkah..

Tapi itulah rutin seorang penyokong tegar Arsenal.. Kita tetap steady sokong Arsenal walaupun ribut badai melanda.. Sebab tu orang cakap.. Orang perempuan kalau nak cari laki.. Cari yang sokong Arsenal. Kitorang ni penyabar orangnya! Kahkahkah.. Sorry la acik merepek banyak pulak kali ni.

Dikuasakan oleh Blogger.