Fulltime Arsenal 3-4 Liverpool: Episod sedih di awal musim!

Pungkok betul Pak Wenger nih! Apa ke jadah kau letak Ramsey kat no 10? Dia tu lebih sesuai di kanan atau holding box-to-box midfield player. Dah la sakit tengkuk Acik mendongak tengok match kat kedai mamak! Phuiiii.


Walcott? Jual please! Walaupun dia ada score sebijik tapi sumpah dia ni sampah dan semakin membusuk di Emirates tu. Dah la tu.. Memang player Arsenal ni tak reti ambik penalti ke hape? Sejak dari EURO 2016 hari tu Acik duk perati player Arsenal tak reti ambik penalti. Kelempap sungguh!


Secara taktikal, serangan Arsenal memang cukup mantap dan mampu merobek gawang. Tapi defensive hancur beb! Pak Wenger terkial-kial nak atur strategi untuk serap asakan Liverpool.


Dah la si Iwobi dan Ramsey pun cedera. Berapa lama agaknya tu! Coquelin dengan Elneny bagai nak gila duk cover defensive yang lemau. Nyaris-nyaris Coquelin dapat 2nd yellow card tadi. Meloncat si Klopp tadi bila dapat malukan Arsenal di Emirates dengan 4 jaringan.. Phuiiii!


Acik confirmlah korang mencarut dengan result kali ni.


Okaylah! Highlight perlawanan akan Acik update esok ya.
Dikuasakan oleh Blogger.