Breaking

3 pemain utama kembali dalam latihan dan persediaan menentang Liverpool

Gambar dari Arsenal.com

Musim 2016/17 semakin hampir untuk bermula dengan perlawanan pertama Arsenal menentang pasukan Liverpool.  Hari ini berita terbaru 3 trio pemain utama Arsenal iaitu Koscielny, Giroud dan Ozil sudah kembali untuk sesi latihan selepas mengambil rehat sedikit panjang berbanding pemain lain kerana bermain untuk negara masing-masing sewaktu EURO 2016 yang lepas.

Walaupun dijangkakan untuk tidak akan beraksi pada perlawanan Liverpool nanti.. Mungkin juga Koscielny akan diserapkan semula lebih awal berikutan perkembangan kecederaan yang dialami oleh Gabriel ketika mengalahkan Manchester City.

Shkodran Mustafi pun nampaknya belum ada berita yang konkrit melainkan khabar angin sahaja. Leicester pula menolak tawaran £30j untuk Riyad Mahrez. Perlawanan menentang Liverpool nanti pasti menjadi tumpuan utama lebih lagi persaingan musim kali ini lebih sengit.

Kau bayangkan.. Semua top manager ada di Premier League musim ni. Gila! Drama beb drama.. Acik tunggu!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.