Sah Shkodran Mustafi & Lucas Perez sebagai gunners! Beberapa perkara lagi yang korang patut tahu!


Foto dari Arsenal.com
Ngam! Akhirnya Arsenal berjaya mendapatkan seorang pemain pertahanan berpengalaman dari Valencia iaitu Shkodran Mustafi. Pemain ini berasal dari Germany tetapi berketurunan Albania seperti Granit Xhaka.

Baru ada akal sikit!


Foto dari Arsenal.com

Jumlah bayaran dianggarkan sekitar GBP 35 juta dan merupakan bayaran termahal pernah Arsenal bayar untuk seorang pemain pertahanan. Mustafi akan digandingkan dengan Koscielny sebagai langkah memantapkan lagi bahagian defensif The Gunners.

Walaupun pernah menjadi pemain Everton pada awal kariernya, Mustafi tidak berpeluang merasa beraksi di EPL. Semakin bertambah lagi kontinjen Germany di Arsenal.


Foto dari Arsenal.com

Lucas Perez juga telah sah menjadi pemain Arsenal. Beliau ditandatangani daripada Deportivo dikatakan mempunyai cara permainan mirip Jamie Vardy. Malah ada ketikanya dia mengenakan balutan tangan serupa seperti Vardy sengal.


Foto dari Arsenal.com

Minggu ni internasionaleleh.. Kebanyakan pemain akan beraksi untuk negara masing-masing. Harap-harap tidak ada yang akan alami kecederaan. Ini akan buatkan momentum terbantut terkentut!

Untuk rekod, Arsenal sudah membelanjakan hampir GBP 100 juta kali ini dengan mendapatkan Xhaka, Mustafi, Perez, Holding, Asano dan Kwelechi.

Hopefully everything goes well this time.
Dikuasakan oleh Blogger.