Opening game! Arsenal v Liverpool buatkan penyokong tak sabar

Arsenal akan beraksi dalam perlawanan pertama menantikan kunjungan dari The Reds. Apa percaturan yang akan digunakan oleh kedua-dua pengurus pasukan? Lebih penting lagi untuk Arsene Wenger memastikan kemenangan.

Ini adalah season terakhir Wenger mengikut kontrak yang telah dipersetujui. Dan menjadi harapan besar buat para penyokong tegar untuk Arsenal merangkul kejuaraan kali ini.

Berbekalkan hanya Granit Xhaka dan Rob Holding (serta Akuma Tasano yang masih di Olimpik Rio) Arsenal nampak goyah. Lebih lagi masalah kecederaan membelenggu bahagian pertahanan.

“I’m very happy with the way we prepared. I felt the quality of preparation was there, the focus was there, the team spirit is there… but now we want to transform all that work into points.” - Arsène Wenger (from Arsenal.com)

Pak Wenger khabarnya gembira dengan persediaan yang ada. Acik tahu penyokong Arsenal confirm tak puas hati. Boleh Pak Wenger gembira? Cis! Tapi lebih penting ialah malam ini Arsenal perlu menang dan tunjukkan prestasi cemerlang. Itu akan membantu meredakan khuatir para gooners macam Acik ni.

Abam Xhaka dijangka membantu bahagian tengah menguatkan dan menjaga barisan pertahanan Arsenal. (Gambar dari Arsenal.com)

Ini kesebelasan pilihan Acik untuk turun lawan Liverpool.

Petr Cech
Bellerin - Rob Holding - Chambers - Monreal
Ramsey (Coquelin?) - Xhaka
Iwobi - Santi Cazorla - Alexis
Walcott

Tapi ada kemungkinan juga Pak Wenger akan turunkan Koscielny untuk cover pertahanan. Tengoklah macam mana nanti.. Mampukah Walcott menjaringkan gol kali ini? Prediction Arsenal 2-0 Liverpool
Dikuasakan oleh Blogger.