Breaking

Valencia lengahkan Shkodran? Arsenal mungkin cari alternatif lain!

Hanya baki 2 minggu sahaja lagi sebelum musim perpindahan akan ditutup! Valencia nampaknya enggan melepaskan Shkodran Mustafi walaupun pemain itu memang berminat untuk beralih majikan.
.
Ini membuatkan Arsenal cuba melihat alternatif lain dan khabarnya dari pengulas BBC David Ornstein bahawa dua lagi pemain pertahanan dari Bayer Leverkusen dan Fenerbahce sedang diintai.

Omer Toprak antara pemain yang sedang dilihat sebagai ganti Shkodran Mustafi sekiranya Valencia masih berkeras.

.

.
Seperti yang semua tahu.. Per Mertesacker hanya akan kembali beraksi pada 2017 manakala Gabriel memerlukan 6 ~ 8 minggu untuk pulih. Situasi ini sangat berisiko untuk Arsenal memandangkan hanya Koscielny sahaja yang ada sebagai pemain pertahanan berpengalaman untuk Arsenal.
.
Chambers dan Holding seakan hilang arah walaupun Pak Wenger berikan pujian kepada Rob Holding atas mutu permainannya tempohari. Mungkin Pak Wenger ni ada tertelan ketum sebelum perlawanan. Kau buta ke gol pertama Liverpool dari sepakan percuma Cautinho berpunca akibat kekasaran oleh Rob Holding!
.
Rob Holding yang baru ditandatangani dari Bolton Wanderers mempunyai potensi untuk cemerlang namun tanggungjawab tinggi adalah terlalu awal untuk dipikul!
.
Bagaimanakah Pak Wenger tangani krisis pertahanan ini? Doa-doakanlah ye!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.