League Cup - Arsenal Jumpa Spurs


London: Arsenal akan berdepan naib juara Tottenham Hotspur sementara Aston Villa menanti Birmingham City pada pusingan ketiga Piala Liga menjanjikan dua aksi sengit musuh setempat bola sepak Inggeris. Gunners dan Spurs pernah bertembung tiga kali dalam kejuaraan itu sejak 10 tahun lalu.

Villa menanti lawan di tempat sendiri dalam usaha memburu kejayaan kali keenam. Arsenal menang perlawanan separuh akhir timbal balik 2007 sebelum Spurs meraih kejayaan peringkat sama setahun kemudian. Arsenal mencatat kemenangan waktu tambahan pusingan ketiga pada 2010.

Juara bertahan selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea menewaskan pemenang empat kali Spurs 2-0 di Wembley dalam final musim lalu akan berkunjung di Walsall. Dalam undian lain Sunderland menentang Manchester City, Norwich City menanti West Bromwich Albion dan Leicester City melayan kunjungan West Ham United. Juara lapan kali, Liverpool beraksi di tempat sendiri melawan Carlisle United manakala Manchester United menanti Ipswich Town di Old Trafford.

Perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung 21 September. - Reuters
Sumber: Harian Metro
Dikuasakan oleh Blogger.