Breaking

Arsenal di musim baru 2015/16

Zassss! Dah lama tak update tentang Arsenal cuti sakan beb. Okay dah banyak update terkini yang terlepas antaranya ialah Petr Cech kini penjaga gawang Arsenal yang berikan harapan cerah untuk The Gunners kembali merangkul takhta liga. Sewaktu pramusim Arsenal telah menunjukkan prestasi cemerlang untuk mendapatkan 2 piala iaitu Barclays Asia Trophy di Singapore dan juga Emirates Cup.

Pada hari Ahad yang lepas satu lagi jadi milik kita iaitu Community Shield menewaskan Chelsea seteru yang selama ini berlagak samsung (baca: samseng). Lebih manis lagi bila melihatkan wajah hampa Cesc Fabregas yang memang kemaruk mahu kembali ke Arsenal. Semasa perlawanan kelmarin, Fabregas beberapa kali dibuli oleh bekas rakan sepasukannya di Arsenal.


Memang padan pun muka dia! Kecoh sangat nak ke Barcelona sebab nak bermain di bawah kendalian Pep Guardiola. Sudahnya apa jadi? Pep Guardiola berambus. Sama jugak dengan van Persie yang mahukan tunjuk ajar dari Alex Ferguson. Nasib serupa! Bengong.

Apa pun kali ini Arsenal melangkah ke musim baru dengan penuh bergaya. Setelah merangkup FA Cup untuk dua tahun berturutan, kini Charity Shield pun terus disandang oleh The Gunners. Nampak gayanya semakin cerah peluang Arsenal untuk menaiki takhta musim ini. Itu belum Alexis Sanchez diserapkan ke dalam pasukan lagi, belum Danny Welbeck kembali pulih dari kecederaan dan sentuhan emas dari Tomas Rosicky.

Pemain Muda

Beberapa pemain muda juga dilihat semakin matang dan menunjukkan prestasi bagus seperti Iwobi dan Akpom. Tapi yang menarik perhatian adalah pemain baru iaitu Jeff Reine-Adelaide, pemain yang baru berusia 17 tahun dan dikatakan akan menjejak langkah seperti pemain-pemain hebat di Arsenal sebelumnya. Semangat beb!

Yang jelas, penantian beberapa tahun untuk Arsene Wenger kembali mengukuhkan jentera The Gunners membuahkan hasil selepas terpaksa 'mengikat perut' akibat dari pembinaan stadium yang baru menggantikan Highbury. Tak sabar rasanya menantikan sepak mula perlawanan pertama pada hari Sabtu nanti.

#ARSENAL #BLOG #ARSENALTEGAR

p/s: Apakejadahnya Yokohama Tires sponsor Chelsea.. tak gerek seh!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.