Breaking

Arsenal 0-2 West Ham United: The Gunners Bunuh Diri Sendiri!

Aku membayangkan Arsenal bakal menundukkan West Ham United dengan mudah. Kena pulak prestasi pra-musim yang hebat dan kejayaan melempang muka toya Mourinho minggu lepas dengan memenangi Charity Shield pun masih segar. Confirm.. senang je makan West Ham kali ni! Tapi itu hanya aku..

Rupanya sejarah 2013 berlaku sekali lagi. Waktu itu kalah kepada Aston Villa tapi memang saat itu Arsenal dalam keadaan amat goyah dan rapuh. Memang tak bersedia tapi kali ini berbeza! Beza sangat sebabnya semua posisi penting Arsenal sudah diperkuatkan. Namun..


Berakhir sudah perlawanan pertama musim 2015/16 Barclays Premier League. Ianya berkesudahan dengan memberikan kesedihan buat para penyokong The Gunners setelah kecewa kalah bolos dua gol kepada West Ham United yang dibimbing oleh pengurus baru mereka Slaven Bilic.

Ianya satu kekalahan yang sukar diterima apatah lagi ianya perlawanan pembukaan dan Arsenal bermain di gelanggang keramat Stadium Emirates. Lebih menjadikannya memeritkan apabila gol dijaringkan akibat dari kesilapan percaturan oleh penjaga gol baru yang penuh berpengalaman iaitu Petr Cech.

Petr Cech Gugup?

Timbul pelbagai persoalan dari penyokong Arsenal di media sosial mengenai prestasi Petr Cech. Ramai yang meletakkan harapan tinggi kepada penjaga gol veteran tersebut untuk menyinar dan membantu mengukuhkan lagi gawang Arsenal setelah beliau dibeli dari rival setempat Chelsea. Apakah pemain tersebut gugup? Sedangkan dia baru saja membantu Arsenal menundukkan Chelsea untuk Charity Sheild yang lepas.

Sangat sukar untuk terima situasi seperti ini berlaku lagi di Arsenal. Sudah sinonim Arsenal melakukan kesilapan demi kesilapan bila berdepan dengan pasukan yang mungkin kelihatan seperti tiada harapan. Apakah mindset para pemain sudah pun terlebih confident dengan adanya Petr Cech di gawang? Memang memakan diri! Strategi high defensive line juga memang tak berhasil menyekat pemain West Ham. Tiba-tiba kelihatan kurang keserasian antara Petr Cech dan Mertesacker.

Alexis Sanchez Kembali Beraksi!

Pada separuh masa kedua, Alexis Sanchez di masukkan untuk menambah ketajaman serangan Arsenal. Nampak sangat terdesak Arsene Wenger untuk menukar keputusan perlawanan tetapi sayangnya Alexis Sanchez memang kelihatan agak tumpul dan berkarat. Banyak hantarannya ke laut dan gelecekkannya dengan mudah disekat pemain West Ham. Dia baru sahaja kembali dari berehat dan bercuti. Rata-rata pemain semua kelihatan agak kurang sharp dari segi passing dan thru pass.

Malah ada ketika Mesut Ozil kelihatan begitu frustrated dengan beberapa pemain lain. Walaupun begitu, Oxlade-Chamberlain menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Dengan kerajinan dan kerap membuka ruang untuk pemain lain, dia adalah antara top performer pada perlawanan tersebut.

So secara asasnya, percaturan yang silap oleh Petr Cech dan juga positioning yang lemah dari barisan pertahanan Arsenal membuatkan West Ham berjaya perolehi 3 mata pembukaan musim. Nak bingit apa lagi? Terima seadanya! Kena pick-up momentum semula. Kalah dan menang memang adat perlawanan, so kali ni Arsenal sudah terkena akibat kesilapan sendiri. 

Bak kata Arsene Wenger, "We killed ourselves!"

That's it for today. Nanti aku try update hat lain pulak ya. Terima kasih terus follow #ARSENALTEGAR

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.