Breaking

Karim Benzema Sertai Arsenal?


Penyerang Real Madrid, Karim Benzema dikhabarkan terbang ke London bagi menjalani ujian kesihatan untuk menyertai juara Piala FA, Arsenal. Perkara itu dikhabarkan oleh pengacara ESPN Sport, Jeinny Lizarazo.

Lizarazo yang juga seorang model dan penyokong tegar Real Madrid kini mempunyai 30 ribu pengikut di Twitter.

"Seorang sumber saya mengatakan Berzema akan ke London tidak lama lagi bagi menjalani ujian kesihatan. Kita tunggu dan lihat," katanya dilaporkan Dailystar.

Kekalahan Arsenal 2-0 kepada West Ham pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu membuktikan pasukan kendalian Arsene Wenger itu memerlukan seorang penyerang.

Sementara itu, bekas pemain tengah The Gunners, Ray Parlour berkata, jika benar kehadiran Benzema ke Emirates, ia sangat membantu pasukan berkenaan.

Parlour yang pernah beraksi 470 kali bersama Arsenal sepanjang 1991 hingga 2004 mengaku tidak mengetahui siapa penyerang utama pilihan Wenger.

"Keadaan (Arsenal) itu sangat janggal kerana tidak seperti kelab elit lain di EPL," katanya.

Pada penilaian Parlour, Arsenal mempunyai kemampuan kewangan untuk membeli pemain sehebat Benzema, malah sebelum ini mereka membawa pemain berbisa seperti Mesut Ozil dan Alexis Sanchez (gambar atas).

"Siapa sebenarnya penyerang utama Arsenal? Itu menjadi persoalan besar dan faktanya memang tiada.

"Aneh rasanya bagi pertandingan panjang seperti ini mereka tidak mempunyai penyerang utama.

"Jika kita lihat Manchester City, semua tahu Sergio Aguero penyerang utama mereka. Bagi Manchester United ialah Wayne Rooney dan Chelsea mempunyai Diego Costa. Tapi siapa di Arsenal?" katanya kepada Skysport, semalam.

Sumber: Malaysiakini

So korang rasa macam mana? Ye ke tidak? Kalau ye pun takde hal, boleh dia gabung semula bergandingan dengan Mesut Ozil. Sempoi baq hangggggggggggggggggg!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.