Breaking

Jeff Reine-Adelaide, bintang muda yag terbaru di Arsenal


Pemain muda berusia 17 tahun yang baru sahaja menandatangani kontrak professional bersama Arsenal ini berasal dari Champigny-sur-Marne, Perancis. Sebelum ini dia bermain dengan kelab RC Lens di posisi attacking midfielder tetapi mampu juga beraksi sebagai center forward.

The Jeff Effect

Aksi cemerlang sewaktu pertandingan Emirates Cup yang lalu membuatkan ramai yang kagum dan gembira dengan kemampuan pemain tersebut. Ketinggian 1.83m memberikan kelebihan ketara kepada kemahiran fizikal serta keyakinan permainan Jeff Reine-Adelaide. 

Pemain ini juga gemar mengawal bola dan menggelecek lawan untuk membuka ruang kepada rakan sepasukan. Beberapa pasukan telah bertanyakan kepada Wenger untuk pinjaman tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh pengurus Arsenal tersebut. Berbeza dengan beberapa pemain lain yang diberikan peluang beraksi sebagai pemain pinjaman, Jeff Reine-Adelaide dilihat mampu memberikan dimensi berbeza kepada kesebelasan Arsenal.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.