Breaking

Video Highlight U-21 Arsenal 4-1 Stoke City

Dalam perlawanan ini 4 pemain senior Arsenal menggunakan peluang bermain untuk mendapatkan kembali kecergasan sepenuhnya. Arteta, Gnabry, Wilshere dan Diaby membantu kemenangan ini dengan jaringan hatrik oleh Iwobi. Perkembangan positif ini tentunya sangat bagus untuk Arsenal tetapi adalah diragui peluang Wilshere untuk kembali menembusi midfield Arsenal dalam kesebelasan utama.

Malah jika dilihat dari kesungguhan sewaktu bermain untuk pasukan U-21, Wilshere kelihatan terlalu bersahaja dan tidak memberikan usaha sepenuhnya. Apa pun, ini adalah sesuatu yang positif untuk Arsenal dalam mengekalkan kedudukan kedua BPL selepas Manchester City mengalami kekalahan mengejutkan kepada Crystal Palace.

Walaupun dibarisi pemain bintang, Manchester City tidak mampu memberikan saingan kepada Crystal Palace yang dikendalikan oleh Alan Pardew. Membazir je! Dah la cerita pasal team yang tak best tu :) Jom tengok video highlight perlawanan U-21 Arsenal.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.