Aaron Ramsey bantu Arsenal kekalkan momentum kemenangan! BPL Burnley 0-1 Arsenal

Foto: Arsenal.com
Perlawanan penting yang berjaya diharungi oleh Arsenal apabila membawa pulang 3 mata berharga. Kunjungan ke Turf Moor membuatkan Arsene Wenger mengarahkan setiap pemain berhati-hati kerana telah berlaku banyak peristiwa mengejutkan.

Beberapa pasukan besar telah diragut mata oleh Burnley dan Arsenal tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.

Lebih lagi apabila Arsenal mahu mengekalkan momentum terbaik hingga ke akhir musim. Tidak banyak yang boleh diulaskan kerana saya tidak dapat menyaksikan perlawanan tersebut (berada dalam bas dari Kota Bharu ke Shah Alam). Apa pun jaringan pada minit ke 12 oleh Aaron Ramsey memberikan senyuman buat semua penyokong Arsenal.

4 kali rembat baru dapat tembusi gawang Burnley. Memang berhantu betul.

Jom tengok video highlights :)


Francis Coquelin dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Kehadiran Coquelin memberikan keseimbangan buat Arsenal dan ini sangat membantu menstabilkan permainan.
Dikuasakan oleh Blogger.