Breaking

Mampukah Arsenal tangguh kejuaraan Chelsea?

Chelsea Bawa Bas!

Dua pasukan hebat di BPL akan bertembung pada hari Ahad nanti. Pasukan bimbingan dua pengurus terbaik di BPL iaitu Arsene Wenger dan Jose Maurinho. Kedua-dua sosok tersebut telah mencapai pelbagai kejuaraan untuk pasukan masing-masing walaupun begitu terdapat jurang yang sangat besar antara mereka.

Kebiasaannya Jose Maurinho akan meletakkan bas secara melintang di depan gol mereka untuk mengelakkan Arsenal menujah merobek gawang Chelsea. Ini rutin biasa oleh pengurus tersebut malah memang jadi kegemaran beliau untuk menggunakan teknik tersebut.

Arsenal yang kini dibarisi pemain terbaik dunia dan dalam situasi kemuncak apabila tidak lagi dibelenggu oleh masalah kecederaan berpanjangan pemain bintangnya. Hanya dikhuatiri tahap kecergasan tunjang pertahanan The Gunners, Per Mertesacker namun Gabriel sedia menggalas tanggungjawabnya. Selain daripada itu hanya perkhabaran positif diterima dari London Colney.


Impak Ozil & Alexis

Gandingan persembahan terbaik dari Mesut Ozil dan Alexis Sanchez pasti ditagih selain Santi Cazorla menjadi penggerak kreatif dari bahagian tengah. Francis Coquelin pula berazam mengekang dan menyekat pergerakan Cesc Fabregas dan Eden Hazard.

Para pemain tidak sabar untuk membenam Chelsea di Stadium Emirates kali ini. Terpulang kepada percaturan dari Arsene Wenger untuk merencana strategi yang sesuai agar gawang Chelsea dirobek rakus. Anda sudah bersedia?

Disamping itu, terdapat beberapa perkembangan di arena penyokong tegar Arsenal di Malaysia. Antaranya adalah perkembangan positif dari kumpulan penyokong seperti AMS (Arsenal Malaysia Supporter) yang menggunakan group Facebook sebagai saluran utama hebahan maklumatnya telah membuat perbincangan untuk memperbaiki halatuju kumpulan tersebut.


Port Rasmi Arsenal di Malaysia

Minggu lepas sewaktu perlawanan separuh akhir FA Cup antara Arsenal menentang Reading FC telah timbul pelbagai isu terutamanya masalah tayangan perlawanan di lokasi-lokasi penyokong Arsenal berkumpul. 

Majoriti restoran menayangkan perlawanan Chelsea dan Manchester United yang menyebabkan penyokong Arsenal berang dengan situasi tersebut. 

Port yang biasanya menayangkan perlawanan Arsenal juga telah bertindak sebaliknya. Anda dinasihatkan untuk ke port rasmi Arsenal di Malaysia antaranya Hakimbury di Seksyen 7 atau Merrah di Damansara Perdana.


Final FA Cup

Untuk perlawanan akhir FA Cup pada 30hb May 2015 di Wembley nanti, Arsenal akan mengenakan jersi kuning menentang Aston Villa. 

Liverpool gagal untuk menemui rentak mereka dan sekaligus membuatkan Steven Gerrard kecewa tahap gaban! Jelas sangat Liverpool juga alami kemerosotan prestasi selepas pemain bintang mereka, Luis 'Gigi' Suarez berpindah ke Barcelona.

Situasi serupa Arsenal alami sewaktu perpindahan beberapa pemain bintang sebelum ini yang akhirnya menyesal meninggalkan Emirates!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.