Breaking

6 perkembangan terbaru selepas Arsenal malukan Liverpool


Masih segar.
Macam baru tadi je.

Terdapat banyak perkembangan terbaru mengenai Arsenal selepas perlawanan menentang Liverpool pada hari Sabtu lepas. Dan juga beberapa perkara menarik yang boleh kita pelajari darinya.


1) Hector Bellerin mengukuhkan posisi fullback kanan adalah miliknya. Nampaknya Debuchy kena betul-betul pamerkan aksi terbaik jika diberikan peluang oleh Arsene Wenger. Bukan hanya bertahan tetapi Bellerin juga menjaringkan gol dalam perlawanan penting. Gol pembukaan pulak tu! Super important.

Jeneral Coquelin!
2) Kehadiran Francis Coquelin banyak mematahkan asakan lawan. Dan ini berikan kestabilan untuk Arsenal dibahagian tengah serta melindungi barisan pertahanan dari serangan lawan. Coquelin adalah kritikal untuk Arsenal. Bila Flamini masuk, tanggungjawab DM digalas bersama tetapi nampak sangat Flamini pun tak mampu nak lakukan sebagaimana mantapnya Coquelin.

3) Hanya tinggal lagi 7 perlawanan sahaja untuk BPL. Arsenal perlu terus konsisten supaya dapat kekal di tangga kedua atau mungkin mencabar Chelsea untuk takhta BPL. Semuanya mungkin!

4) Makin gersang Liverpool selepas ni. Malah mereka berkemungkinan kehilangan pemain utama yang akan berhijrah apabila Liverpool tidak lagi bersaing dalam UCL dan mungkin juga tidak berjaya masuk Europa! Nak dapatkan pemain baru berkualiti juga semakin sukar buat mereka. Cap ayam kan? Raheem Sterling ke Arsenal? Mungkin tidak!

Santi had two chances to score but no luck!
5) Santi Cazorla semakin selesa beraksi dengan Mesut Ozil dan Alexis Sanchez. Ini juga akan buatkan Jack Wilshere meningkatkan prestasi jika mahu dipilih dalam kesebelasan utama Arsenal. Rosicky juga nampaknya terpaksa mengintai peluang yang ada. Ada kemungkinan Rosicky akan berhijrah dari Arsenal nanti.

6) Liverpool sedang fokus kepada cabaran saingan FA Cup sebagai satu-satunya peluang untuk menjulang piala musim ini. Dan Arsenal sebagai penyandang juara mungkin sekali lagi akan mengecewakan Liverpool di Wembley!

Kini hanya Oxlade-Chamberlain yang sedang dirawat kerana kecederaan. Pemain lain semuanya sudah pulih dan sedang meningkatkan kecergasan untuk membantu Arsenal mengekalkan tempo cemerlang hingga ke akhir musim.

Baca juga: Arsenal 4-1 Liverpool

Selepas ini masih ada 7 perlawanan BPL dan Arsenal dijadualkan akan bertembung dengan Chelsea dan Manchester United. Dua perlawanan super penting selain bertemu dengan Burnley, Sunderland, Hull City dan West Brom. Manakala untuk semi final FA Cup, Arsenal akan berentap dengan Reading.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.