Persiapan Arsenal menjelang separuh akhir FA Cup!

Foto: Arsenal.com
Nampaknya semakin hampir ke perlawanan separuh akhir FA Cup menentang Reading. Para pemain pun gigih membuat persiapan dan memastikan tahap kecergasan terbaik.

Detik penentuan untuk #Arsenal mendakap piala kedua musim ini. Eh ya? Arsenal dah menang piala apa? Awal musim hari tu Arsenal tumbangkan Manchester City 3-0 untuk Piala Sumbangsih :)

Saja bikin gempak!

Memang badi sungguh untuk Manchester City musim ni dengan Arsenal. Memanjang kalah saja! Tapi lawan yang bakal Arsenal jumpa di separuh akhir nanti bukannya Manchester City. Jadi The Gunners perlu terus beraksi konsisten. Tak boleh perleceh pasukan Reading.

Ingat lagi separuh akhir lawan Wigan Athletic musim lepas? Per Mertesacker menjatuhkan lawan dalam kotak penalti dan Wigan mendahului 1-0. Tapi separuh masa kedua, Per Mertesacker juga yang menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan. Pemenang ditentukan melalui sepakan penalti dan Fabianski membuktikan keupayaannya menafikan 2 sepakan dari pemain Wigan Athletic. Kim Kallstrom antara yang menyudahkan sepakan penalti dengan sempurna untuk Arsenal.

Dah ramai pemain yang membantu memenangi FA Cup yang takde di Arsenal musim ini antaranya Lukasz Fabianski, Kim Kallstrom, Bacary Sagna, Nicklas Bendtner, Thomas Vermaelen dan Emiliano Viviano, selain Carl Jenkinson, Yaya Sanogo dan Lukasz Podolski yang dipinjamkan ke kelab lain musim ini.

Di harapkan kali ini Arsenal lebih selesa mendahului dan mendominasi perlawanan. Jom tengok video kompilasi laluan kejayaan Arsenal mendakap FA Cup 2014.


Semoga FA Cup sekali lagi jadi milik kita!
Dikuasakan oleh Blogger.