Update terkini Arsenal selepas Interlull
Foto: Arsenal.com |
Malam esok Arsenal akan menerima kunjungan dari Liverpool. #ARSENALTEGAR akan sediakan laporan pre-match malam nanti. Ini adalah laporan terbaru yang diberikan oleh Arsene Wenger selepas para pemain kembali dari perlawanan Interlull.
Pada hari Selasa yang lepas, Arsenal mengadakan perlawanan persahabatan tertutup dengan Brentford. Ianya lebih kepada untuk memberikan latihan extra kepada beberapa pemain yang baru pulih dari kecederaan. Antaranya ialah Arteta, Wilshere, Diaby dan Debuchy. Pemain utama Arsenal ini telah berehat panjang dan khidmat mereka sangat ditagih ketika ini.
Berdasarkan pemerhatian beberapa pengulas, dilaporkan mereka bermain cemerlang dan kelihat sangat cergas. Walaupun begitu, adalah tipis peluang mereka untuk beraksi sewaktu perlawanan Liverpool nanti.
"Jack or Diaby or Debuchy, will I involve any of them? I don't know, I haven't decided." - Arsene Wenger
Tapi Arsene Wenger seperti biasa, beliau merahsiakan sama ada mereka akan diturunkan nanti. Mind strategy kata Arsene Wenger! Apa pun ini berita positif buat Arsenal. Oxlade-Chamberlain pula masih belum pulih manakala Danny Welbeck juga berkemungkinan besar tidak dapat bermain selepas mengalami kecederaan lutut sewaktu bermain untuk England di Interlull yang lepas.
THE CAPTAIN IS BACK!Siapa pilihan anda diatara mereka bertiga untuk menjadi kesebelasan utama menentang Liverpool...
Posted by Arsenal Malaysia on Thursday, 2 April 2015
Tiada ulasan: