Breaking

Arsenal vs Chelsea, Mourinho parking bas depan gol! +Video Highlights

Perlawanan penting BPL musim ini berkesudahan seri 0-0 antara Arsenal dan Chelsea. Dua pasukan dari London ini gagal untuk membolosi gawang pasukan lawan. Walaupun Arsenal bermain dengan lebih agresif manakala Chelsea dengan pendekatan bertahan sambil parking bas depan pintu gol menyebabkan perlawanan tidak menyajikan sebarang gol.


Fabregas - Benci Tapi Sayang!

Mungkin itulah apa yang boleh diungkapkan terhadap bekas kapten The Gunners itu. Jelas sekali ramai yang masih lagi menyimpan rasa kecewa dengan pemergian Fabregas ke Barcelona dan selepas itu menyertai rival di Chelsea. 

Masih ingat lagi apa alasan Fabregas ke Barca? Untuk memenuhi impian bermain dibawah bimbingan Pep Guardiola yang meninggalkan Barca selepas Fabregas menyertai mereka. PADAN MUKA!

Berbalik kepada perlawanan malam tadi, Arsenal bermula dengan garang sepanjang 45 minit separuh masa pertama. Punyalah gila si Mourinho yang langsung tidak menurunkan striker. Sebaliknya Hazard, Remires dan Oscar kerap bergilir posisi kononnya untuk mengelirukan pertahanan Arsenal.

Yang paling bangang adalah apabila Fabregas dilayangkan kad kuning selepas berpura-pura dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Santi Cazorla. Bongok bertimpa-timpa! 

Mesut Ozil diberikan peranan utama oleh Arsene Wenger untuk mengemudi bahagian tengah dibantu oleh Alexis Sanchez manakala Coquelin dan Cazorla lebih fokus untuk bertahan menyerap kemungkinan serangan balas yang pantas dari Chelsea.

Cuma sayangnya Giroud benar-benar terkekang pergerakannya. Dan dia sendiri kurang mendapat hantaran berkualiti untuk membuka ruang jaringan. Pengadil Micheal Oliver pun kadang-kadang bongok juga apabila tidak memberikan sepakan penalti sewaktu Gary Cahill menampan bola dengan menggunakan tangan.

Pada separuh masa kedua Olivier Giroud dan Coquelin terpaksa dikeluarkan membuka ruang Welbeck dan Walcott dimasukkan untuk menyuntik serangan dengan kelajuan mereka. Tetapi memang pemain Chelsea berazam terus bertahan dengan bas double decker. Memang takde luck! Beberapa peluang terhidang pada minit akhir perlawanan yang hanya memerlukan ianya ditampan masuk tetapi mungkin Mourinho ada guna jampi agaknya :) 

Selepas pengadil meniupkan wisel penamat, John Terry dan pemain Chelsea lain bersorak kegembiraan. Memang jelas mereka sebenarnya hanya menunggu masa untuk Arsenal membolosi gawang Chelsea dan sedaya upaya untuk mengelakkannya. Perlawanan berkesudahan 0-0 dan tertutup sudah peluang Arsenal untuk cuba-cuba mengintai piala kejuaraan BPL musim ini.

Nah saksikan video highlight extended perlawanan tersebut.

Bonus! Saja buh gambar awek Arsenal buat penyejuk hati!


Selepas perlawanan, Fabregas memberikan hormat kepada penyokong Arsenal di penjuru stadium dan ianya mendapat sorakan. Memang kami masih sayang Fabregas tapi sakit hati kerana dia blah ke Barcelona saat Arsenal sedang membina semula kekuatan. 

Oleh kerana keputusan bodoh beliau, Pep Guardiola pun blah dari Barca dan Fabregas ingin kembali ke Arsenal tetapi enggan diterima oleh Wenger. 

 Dah serupa drama tv lepas berita! Puihh.

p/s: Lawak bila dapat tahu Manchester United lingkup 3 bijik dengan Everton! Fellaini my ass.. kehkehkeh! Glory ke laut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.