Kalah kepada Monaco, Siapa patut dipersalahkan?
Jaringan Oxlade-Chamberlain sedikit mengubat duka Foto: Arsenal.com |
Tiba-tiba arena perbincangan berkenaan prestasi Arsenal kembali panas dengan pelbagai komen dan pendapat. Ada yang betul dan ada juga yang entah apa-apa. Masing-masing entitled untuk mempunyai pendapat sendiri. Puak-puak #WENGEROUT kembali timbul setelah beberapa lama menyorok celah bedah. Haters Giroud juga tumbuh mekar bagaikan lalat menghurung najis!
Memang prestasi Giroud pagi tadi sewaktu perlawanan menentang Monaco adalah tahap budak sekolah rendah yang main pakai kasut but getah! Bengang beb tengok dia lepaskan peluang depan gol. Nenek aku pun boleh score! Laung member kat meja sebelah. Bodoh betul Giroud ni, sambung salah seorang penonton di kedai mamak yang agak lengang pagi tadi.
Jika kita lihat prestasi Ospina pun nampaknya dia juga ke laut. Gol pertama memang dia terperangkap sebab bola deflect badan Mertesacker tapi gol kedua dan ketiga terutamanya memang dia dah macam hilang confident. Ini peluang Szczesny untuk kembali sebagai penjaga gol utama Arsenal.
Alexis Sanchez memang super hyper rajin tapi dia juga boleh dipersalahkan kerana kerap kehilangan bola akibat terlalu rajin menggelecek tanpa hala tuju. Rhythm passing The Gunners pun kelam kabut dan semakin kalut bila pemain semua menjadi semakin tertekan untuk mengejar gol. Sudahnya? Counter-attack oleh Monaco buatkan kita semua gigit jari!
Taktikal Arsene Wenger gagal dilaksanakan oleh pemain dengan kemas! Mampukah The Gunners mendapatkan 3 gol tanpa balas di Monaco nanti? Satu tugas yang bukan mudah. Dan mengikut statistik serta ulasan dari Avid @semuanyabola membuktikan satu fakta yang menggerunkan apabila Arsenal mempunyai 0% peluang. Apakah kita akan tunduk mengalah? Masih berbaki 90 minit permainan untuk Arsenal mengubah kedudukan tersebut dalam tempoh 2 minggu lagi.
Adakah Monaco akan parking bas depan gawang mereka? Kita doakan yang terbaik! Jadi apa pendapat anda? Siapa patut kita perkambingkan atas kekalahan kali ini?
Tiada ulasan: