EPL Fulltime: Arsenal 5-0 Aston Villa

Sumber: The Guardian
Kemenangan besar untuk The Gunners beraksi di Stadium Emirates menewaskan Aston Villa dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Gol dijaringkan oleh Olivier Giroud pada minit ke 8, Mesut Ozil minit ke 56, Theo Walcott minit ke 63, penalti disempurnakan oleh Santi Cazorla pada minit ke 75 dan jaringan ke 5 oleh Hector Bellerin pada minit ke 90+2.

Pastinya pasukan yang akan berdepan dengan Arsenal semakin gerun dengan kemampuan The Gunners merobek gawang lawan.

Sumber: Espnfc
Santi Cazorla dengan kehebatan mengemudi bahagian tengah dan menjana gerakan serangan yang berbisa. Manakala Mesut Ozil dan Theo Walcott terbukti semakin berbisa selepas kembali dari kecederaan panjang.

Pemain muda Sepanyol iaitu Hector Bellerin pula nampaknya menggunakan peluang yang ada untuk mengisi kekosongan bahagian fullback kanan setelah Mathieu Debuchy sekali lagi alami kecederaan. Olivier Giroud mendiamkan para pengkritiknya :)
Tiada lagi kedengaran laungan #WENGEROUT oleh hooligans dan penyokong lalang. Satu lagi minggu yang begitu menyenangkan dan menggembirakan buat para penyokong pasukan Arsenal. 

Keep on gunning!
Dikuasakan oleh Blogger.