Giroud dedikasikan golnya kepada seorang anak gadis yang telah meninggal dunia. Siapakah dia?

Semalam Olivier Giroud menjaringkan gol kedua Arsenal setelah bola muntah dari penjaga gol Crystal Palace yang menampan rembatan kaki kiri Welbeck. Giroud membuat satu aksi khusus sewaktu meraikan gol tersebut. Ianya berbeza dari sambutan kebiasaannya.

Menurut Giroud, beliau sebenarnya mendedikasikan gol tersebut kepada seorang anak gadis yang sakit dan beliau pernah melawat gadis tersebut di hospital. Bagaimana pun, anak gadis tersebut dikhabarkan telah meninggal dunia.
"I knew that Johanna, a young girl who I knew from the south of France that I visited at hospital a few months ago. 
"She passed away so I was really affected by that and that’s why I wanted to pay a homage to her, her family and her parents." - Olivier Giroud, Arsenal.com

Foto: Arsenal.com
Walaupun mereka ini merupakan pemain bolasepak dengan gaji yang lumayan, tetap mereka mempunyai jiwa dan perasaan! Semoga Giroud akan lebih mantop dan terus merobek gawang lawan. COYG!
Dikuasakan oleh Blogger.